Para saintis dan ahli kimia terkemuka dunia telah sebulat suara
mengesahkan bahawa Teh Rooibos sememangnya mampu merawat pulih pelbagai
masalah kesihatan jika digunakan dan dijadikan minuman rutin harian. Teh
Rooibos dihasilkan melalui tumbuhan renek yang banyak tumbuh samada
tumbuhan liar atau ditanam secara ladang di Afrika Selatan. Keajaiban
dan keistimewaannya serta kemampuannya untuk menyembuhpulih perbagai
jenis penyakit telah dibuktikan melalui kajian para saintis dari seluruh
pelusuk dunia termasuk negara Jepun, Korea Selatan, negara-negara
Eropah, Sepanyol, China, Pakistan dan republic Slovakia serta tidak
ketinggalan negara kita Malaysia.
Rumusan telah dibuat bahawa herba dari keluarga kekacang ini begitu
berfaedah dan berkesan bagi memperbaiki dan mengekalkan tahap kesihatan
tubuh badan manusia. Telah dibuktikan ianya dapat mengawal paras
kandungan gula dalam darah kerana aspalathin dalam Teh Rooibos boleh
merangsang pengeluaran insulin dari kelenjar pankreas dan mengalakkan
penyerapan glokus dalam darah melalui tisu seluruh badan. Penyerapan
glukos dalam darah masuk melalui tisu seluruh badan bagi pembakaran yang
bertukar menjadi tenaga. Atsutoshi Kawano et.al 2009 dari Agriculture
and Technology & Tama Biochemical CO Tokyo Japan 16:437443
membuktikan bahawa permasalahan tekanan darah tinggi dan masalah
pernafasan dapat dipulihkan oleh queroetin dan luteolin yang ada dalam
Teh Rooibos disamping meredakan kekejangan otot.
Khan Au Gilani 2006 University Medical College Pakistan EUR J Nutr 45
(8) 463469 telah memperakui bahawa Teh Rooibos boleh menurunkan
kandungan kolestrol jahat. Aspalthin dalam Teh Rooibos melalui LDL dalam
darah dan HDL ini mampu mengelak dari serangan jantung yakni termasuk
serangan strok akibat dari saluran darah yang tersumbat ke jantung
dengan syarat Teh Rooibos ini dijadikan minuman seperti kata Jeanine L.
Marmewick et.al 2001 University of Technology South Africa Journal of
Ethnopharmacacology. 133:46-52
No comments:
Post a Comment