Wednesday, November 1, 2017

Kajian Saintifik Teh Rooibos

Para saintis dan ahli kimia terkemuka dunia telah sebulat suara mengesahkan bahawa Teh Rooibos sememangnya mampu merawat pulih pelbagai masalah kesihatan jika digunakan dan dijadikan minuman rutin harian. Teh Rooibos dihasilkan melalui tumbuhan renek yang banyak tumbuh samada tumbuhan liar atau ditanam secara ladang di Afrika Selatan. Keajaiban dan keistimewaannya serta kemampuannya untuk menyembuhpulih perbagai jenis penyakit telah dibuktikan melalui kajian para saintis dari seluruh pelusuk dunia termasuk negara Jepun, Korea Selatan, negara-negara Eropah, Sepanyol, China, Pakistan dan republic Slovakia serta tidak ketinggalan negara kita Malaysia. 
Rumusan telah dibuat bahawa herba dari keluarga kekacang ini begitu berfaedah dan berkesan  bagi memperbaiki dan mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan manusia. Telah dibuktikan ianya dapat mengawal paras kandungan gula dalam darah kerana aspalathin dalam Teh Rooibos boleh merangsang pengeluaran insulin dari kelenjar pankreas dan mengalakkan penyerapan glokus dalam darah melalui tisu seluruh badan. Penyerapan glukos dalam darah masuk melalui tisu seluruh badan bagi pembakaran yang bertukar menjadi tenaga. Atsutoshi Kawano et.al 2009 dari Agriculture and Technology & Tama Biochemical CO Tokyo Japan 16:437443 membuktikan bahawa permasalahan tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan dapat dipulihkan oleh queroetin dan luteolin yang ada dalam Teh Rooibos disamping meredakan kekejangan otot.
Khan Au Gilani 2006 University Medical College Pakistan EUR J Nutr 45 (8) 463469 telah memperakui bahawa Teh Rooibos boleh menurunkan kandungan kolestrol jahat. Aspalthin dalam Teh Rooibos melalui LDL dalam darah dan HDL ini  mampu mengelak dari serangan jantung yakni termasuk serangan strok akibat dari saluran darah yang tersumbat ke jantung dengan syarat Teh Rooibos ini dijadikan minuman seperti kata Jeanine L. Marmewick et.al 2001 University of Technology South Africa Journal of Ethnopharmacacology. 133:46-52