Wednesday, November 1, 2017

Kajian Saintifik Teh Rooibos

Para saintis dan ahli kimia terkemuka dunia telah sebulat suara mengesahkan bahawa Teh Rooibos sememangnya mampu merawat pulih pelbagai masalah kesihatan jika digunakan dan dijadikan minuman rutin harian. Teh Rooibos dihasilkan melalui tumbuhan renek yang banyak tumbuh samada tumbuhan liar atau ditanam secara ladang di Afrika Selatan. Keajaiban dan keistimewaannya serta kemampuannya untuk menyembuhpulih perbagai jenis penyakit telah dibuktikan melalui kajian para saintis dari seluruh pelusuk dunia termasuk negara Jepun, Korea Selatan, negara-negara Eropah, Sepanyol, China, Pakistan dan republic Slovakia serta tidak ketinggalan negara kita Malaysia. 
Rumusan telah dibuat bahawa herba dari keluarga kekacang ini begitu berfaedah dan berkesan  bagi memperbaiki dan mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan manusia. Telah dibuktikan ianya dapat mengawal paras kandungan gula dalam darah kerana aspalathin dalam Teh Rooibos boleh merangsang pengeluaran insulin dari kelenjar pankreas dan mengalakkan penyerapan glokus dalam darah melalui tisu seluruh badan. Penyerapan glukos dalam darah masuk melalui tisu seluruh badan bagi pembakaran yang bertukar menjadi tenaga. Atsutoshi Kawano et.al 2009 dari Agriculture and Technology & Tama Biochemical CO Tokyo Japan 16:437443 membuktikan bahawa permasalahan tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan dapat dipulihkan oleh queroetin dan luteolin yang ada dalam Teh Rooibos disamping meredakan kekejangan otot.
Khan Au Gilani 2006 University Medical College Pakistan EUR J Nutr 45 (8) 463469 telah memperakui bahawa Teh Rooibos boleh menurunkan kandungan kolestrol jahat. Aspalthin dalam Teh Rooibos melalui LDL dalam darah dan HDL ini  mampu mengelak dari serangan jantung yakni termasuk serangan strok akibat dari saluran darah yang tersumbat ke jantung dengan syarat Teh Rooibos ini dijadikan minuman seperti kata Jeanine L. Marmewick et.al 2001 University of Technology South Africa Journal of Ethnopharmacacology. 133:46-52

Wednesday, October 12, 2016

Mari Cuba Minum Teh Rooibos

Bagi yang ingin mencuba teh Rooibos boleh Whatsapp saya di 0194587624.

Pek Percubaan 9 sachets cuma RM10 termasuk kos penghantaran.

Untuk satu pek 50 sachets cuma RM41 termasuk kos penghantaran.

Sunday, November 8, 2015

5 Sebab Utama Mengapa Teh Rooibos Organik Health Builders Mempunyai Nilai Khasiat

1. Ditanam dan tumbuh secara organik untuk kesegaran mutu yang lebih baik.
Secara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi.

2. Daerah Maskam, secara geografi dianugerah dengan keadaan terbaik untuk penanaman.
Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun ‘vintage’ dan kaitan ke atas rupa, warna, mutu keharumaan dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos – sejenis tanaman hidup bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada hari tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya. Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yanag disebutkan di atas untuk penanaman teh rooibos.

3 Tumpuan hanya pada Rooibos.
Para petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini memastikan bahawa estet rooibos memenangi hadiah penghasilaan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok-belok penanaman rooibos.

 4. Altitud (ketinggian), faktor kemenangan.
Walaupun rooibos boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititik-beratkan. Syarat utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan. Sebabnya adalah mudah: udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhaan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan ete yang lebih kasar dan mempunyai rasa yang kurang sedap / elok. Ketinggian di atas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi Daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk daerah ini, sepanjang 10 tahun lalu. Kawasan gunung-gunung tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mempunyai tanah-tanih terbaik yang sesuai untuk penanaman serta penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.

5. Visi & misi.
Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan pempasteuran yang terletak di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di lokasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling. Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir … dari tanaman hingga ke cawan. Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat. Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) –dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaraan sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan, Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai menepati syarat-syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik. Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia. Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia.

Tuesday, February 13, 2007

Artikel Teh Rooibos

Teh Rooibos Health Builders

Adakah anda mempunyai masalah seperti berikut:

Asid dan kolestrol berlebihan, darah tinggi, sakit sendi, migrain, penyakit kulit, pusingan haid tidak menentu, kencing manis, sakit jantung, tidak hadam dan sembelit? Cubalah amal minum Teh Rooibos Health Builders. Teh unik ini ada keistimewaannya tersendiri. la baik untuk kesihatan!


Asal-usul Teh Rooibos

Teh Roolbos yang asal dan asli ditanam dan dituai di puncak gunung Gifberg, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Cederberg, di Afrika Selatan. Teh Roolbos dari daerah ini telah disahkan mempunyai kualiti terbaik di dunia. Cara mempraktikkan penanaman dan penuaian ini telah berjaya menghasilkan teh yang sekaligus mengeluarkan rasa yang sungguh menakjubkan! Berbanding dengan teh gred eksport super yang lain, Teh Rooibos Health Builders lebih balk kerana cara penghasilannya yang tersendiri. Pengekalan tradisi serta cara yang unik ini memastikan proses yang sama digunakan hari ini. Kini, ia tersedia untuk dinikmati bersama!


Penyediaan

Masukkan 1 uncang Teh Rooibos ke dalam teko yang berisi 1.5 leter air panas. Rendamkan selama 5 minit. Semua ahli keluarga dapat nikmati rasa kesegarannya. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan atau ingin mengawal berat badan, masukkan 1 uncang ke dalam cawan, rendam dan kemudian minum. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Teh Rooibos boleh diminum pada bila-bila masa, mengikut kemahuan dan keperluan anda. la boleh diminum bersama perahan limau, gula, madu atau susu, mengikut citarasa anda.

Teh Rooibos juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesukaran untuk tidur. Rendam 1 uncang dan nikmati ia 1 jam sebelum tidur.

Serbuk Teh Rooibos boleh digunakan untuk:
1. Membaja pokok bunga
2. Membersih muka


Kesan Awal

Hampir 80% pengguna memaklumkan bahawa mereka dapat merasa kesan/tindak ­balas selepas mengamal meminumnya. Ini adalah tanda positif terhadap masalah kesihatan yang dialami. Pada kebiasaannya, dl peringkat awal, rasa tidak selesa akan berlaku buat sementara waktu, mungkin 3-4 hari. Jangan bimbang. Ini adalah tindak­balas dari tubuh badan yang menerima kesan pembaikan sebatian semulajadi yang terkandung dalam Teh Rooibos. Pengamal perubatan herba menamakan kesan tindak-balas ini sebagai ‘Krisis Pemulihan'. Ini adalah normal bagi mereka yang ada masalah kesihatan. Badan kita, pada peringkat ini, dapat membuang racun yang terkumpul.

Teh Rooibos Health Builders dapat membantu:

* membersihkan sistem darah dari keracunan dan seterusnya melancarkan peredaran darah
* membersihkan sistem penghadaman terutama usus besar yang tersimpan kekotoran sisa
* membuangkan lemak dan kolestrol yang berlebihan
* bertindak sebagal antioxidant yang melindungi sel-sel darl rosak
* melambatkan proses tua
* membantu mempercepatkan proses khasiat makan


KEISTIMEWAAN TEH ROOIBOS HEALTH BUILDERS
1. la tulen dan asli, tidak mengandungi kafein, bahan tambahan, pengawet atau pewarna tiruan. Kandungan taninnya kurang.

2. la mengandungi S.O.D (Superoxide Dismutase). S.O.D dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Selain menghalang ketuaan, is juga dapat memperbaiki kerosakan sel.

3. la membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit Iebih halus.

4. la membantu mengurangkan peroksida lipid.

5. la kaya dengan anti­oksida bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi dari jangkitan.

6. la membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bayi yang menghidap kembung (kolik).

7. la membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran.

8. la dapat melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam Iampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat.

9. la adalah minuman tanpa kalori yang dapat menenangkan keadaan, dan sesuai untuk mereka yang mementingkan pengawalan berat badan.

10. la baik untuk menghilangkan dahaga terutama bagi para atlit.

11. la bertindak sebagai tambahan bagi kalsium, mangan dan fluorida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat.

12. Ia membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan.

13. la membantu memulihkan keletihan akibat senaman.

14. Ia membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga.

15. la membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah.

16. la dapat membantu mengurangkan paras kolestrol.

17. la dapat mengurangkan nafas berbau.

18. la dapat membantu mententeramkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh minuman keras.

Teh Rooibos

Teh Rooibos (Teh Mujarab Afrika Selatan)

:: Mengandungi SOD & Flavanoids. Membantu mengurangkan asid urik dan kolestrol.

:: Kaya dengan khasiat pemakanan seperti besi, kalsium, fluorida, magnesium, mangan dan zat mineral yang lain.

:: Teh tanpa pewarna & perasa tiruan,tanpa kafein & organic.

:: Sangat berfaedah kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, gout, angin, masalah kulit, migrain, kerampingan, awet muda dan berbagai lagi.

:: Nota: Sesuai untuk semua peringkat umur.

:: Cara Minum: Amalkan sebagai minuman kesihatan untuk sepanjang hari. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan minum pekat (1 uncang untuk 1 gelas~3-5 uncang sehari)